PAKEJ SOLO LEMBAH HIJAU JOGJAKARTA (PAKEJ EKSKLUSIF)
SOLO LEMBAH HIJAU JOGJA TOUR (4D/3N)
DAY 01 : ARRIVAL SOLO TOUR AND SHOPPING (L/D)
Upon arrival in Adisumarmo Int'l airport of Solo , meeting service with our friendly guide then direct to have Solo City tour, features : Mangkunegaran Palace , Antique Market, Bengawan Solo River . Lunch at local restaurant. Shopping to Pusat Grosir Solo, PASAR KLEWER and Solo Grand Mall. afterward transfer to hotel for check in free at your own program
DAY 02 : SOLO - LEMBAH HIJAU - JOGJAKARTA (B/L/D)
This morning we will visit lembah Hijau. After having lunch at Lembah Hijau area, we proceed to Jogjakarta, arrival Jogjakarta
Enjoying shopping experience, hunting exclusive souvenirs of Jogja, tourists may walk on foot along the arcades of Malioboro Street. There are many vendors selling their merchandises, ranging from such local handicrafts as batik, rattan ornament, leather puppet, bamboo handicrafts (key holder, ornament lamp, and others) as well as blangkon (Javanese / Jogjanese traditional cap) and silver goods to general little things that you may find in other trading places including to Mirota Batik, Omah Mode & Cosmos Factoty Outlets. Evening, transfer to local restaurant for dinner.
DAY 03 : JOGJAKARTA - LAVA VIEW - BOROBUDUR - PARANG TRITIS - SOLO (B/L/D)
This morning we will visit the beauty of Mount Merapi from Kaliadem Village, its slope located approximately 5 km from the top of Merapi. Leaving Merapi's slope for a stop at Salak Fruit Plantation. Continued to Magelang district to visit the magnificent Borobudur temple, built with 60.00 m3 of stones in the 8th century. Follow the life of the founder of Buddhism (Siddharta Gautama) carved on the walls. Two other small temples, Pawon and Mendut, both related to Borobudur, will be visit afterwards. Lunch at local restaurant. Continued to Kasongan Village is known for the traditional clay potteries. In there, you would see that most of the people are clay artisans, with their natural artistic talent. Many kinds of goods are produced, which most are household ones like moneyboxes, vases, animal figures, and many others. Next, to Manding Village - the place has many leather craftsmen and shops selling leather products such as jackets, shoes, bag, belt as well as varied accessories made of leather like picture frames and key hanger. Afterward, drive southward to Parangtritis Beach, not only as a beach resort where sand-dunes, sandy beach and rocky cliffs meet, but it is also a historical place which closely related to the mysterious legend of the Queen of the South Ocean Kanjeng Ratu Kidul, who together with her confident, the feared Nyai Loro Kidul, the ever youthful and beautiful queen, reign over sea nymphs & spirits. Transfer to Solo, dinner at local restaurant provided on the way transfer to hotel & rest of the night is free for your own leisure.
DAY 04 : SOLO DEPARTURE (B)
Breakfast at hotel, transfer to airport for departure
Utusan Malaysia
ARKIB : 19/02/2010
Kejayaan pertanian integrasi di Indonesia
Oleh NAZERI NONG SAMAH
pengarang@utusan.com.my
Foto DZULKEFLEE AB. RAHMAN
KAEDAH pertanian integrasi di Lembah Hijau Multifarm (LHM) di Solo, Jawa Tengah, Indonesia yang hanya bermodalkan 400 ekor lembu baka dari Belanda diternak secara kandang teduh ternyata menampakkan kejayaan memberangsangkan.Ladang tersebut berupaya menghasilkan pelbagai hasil pertanian hiliran yang dibangunkan di kawasan seluas lapan hektar lebih 10 tahun lalu.
Apa yang dimaksudkan ialah hasil hiliran daripada ternakan lembu bukan pedaging itu bermula dengan tinja dimanfaatkan sepenuhnya untuk penghasilan baja. Di kawasan itu juga diusahakan ternakan ikan patin, nurseri pokok bunga, kebun buah-buahan dan sayur serta sawah padi. Bagi mendapatkan gambaran dari dekat mengenai LHM, Utusan Malaysia telah melawat lokasi berkenaan yang menjadi contoh kepada konsep pertanian integrasi dan ternakan yang paling berjaya di Indonesia.
Lazimnya, apabila anda melawat ladang atau kandang lembu pasti akan menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk najisnya.
Bagaimanapun keadaan itu berbeza dengan apa yang terdapat di LHM kerana bau busuk najis lembu berupaya diminimumkan. Seorang pegawai di LHM, Eni Kusuraowati, 26, berkata, rahsia najis lembu di situ kurang berbau busuk ialah berpunca daripada pemakanan haiwan tersebut.
''Kesemua lembu di sini diberi makan bahan organik jerami padi supaya najis yang terhasil dipercayai mengandungi nilai perubatan kerana lembu dalam kandang ini dibiar berkubang dengan najis sendiri. ''Buktinya kesemua lembu di sini bebas daripada sebarang penyakit haiwan,'' ujarnya.
Satu lagi kelebihan yang terdapat di LHM ialah mengutamakan konsep mesra alam. Ini kerana ia turut menjaga alam sekitar kerana kotoran daripada kandang lembu tidak dialir ke sungai berdekatan, sebaliknya air najis itu ditapis lebih tiga kali melalui dalam kolam berliku. Tapis najis lembu itu turut dicampur dengan serbuk kayu gergaji yang boleh menyerap urin dan akhir sekali kolam penapis itu menggunakan keladi bunting yang timbul di permukaan air kolam berfungsi sebagai penyerap segala kekotoran.
Pada satu bahagian pula terdapat kolam ternak ikan patin bersebelahan kandang lembu.Ikan patin itu memakan sisa plankton daripada tapisan najis lembu tersebut. Bagaimanapun kata Eni, ikan patin seberat minimum satu kilogram seekor selepas berusia 10 bulan itu disaring beberapa minggu di dalam akuarium air bersih sebelum dijual.
Di samping itu, LHM turut memanfaatkan kumbahan najis lembu yang dicampur dengan jerami padi diperap beberapa bulan sehingga menjadi baja kompos bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah memenuhi pasaran eksport termasuk ke Malaysia.
Di LHM juga terdapat nurseri anak-anak pokok bunga yang dimanfaatkan daripada baja najis lembu, selain kebun buah-buahan, sayur-sayuran dan sawah padi yang subur berdekatan kandang lembu.''Di LHM ini kita gabungkan semua aspek berdasarkan kaedah saintifik dan tradisi yang ternyata membuahkan hasil yang memuaskan,'' kata Eni. Demikianlah betapa kreatifnya sistem ternakan lembu di LHM sekali gus boleh menghasilkan pelbagai penghasilan hiliran yang begitu dikagumi.
Sementara itu ahli akademik yang juga Setiausaha Eksekutif Karaton Surakarta Hadiningrat Malaysia, Datuk Dr. Baha Nordin dalam kunjungan ke LHM itu berkata; ''Memang banyak perkara yang boleh dipelajari dari situ dan dipraktik pula dalam sektor pertanian di negara kita.
''Di Lembah Hijau Multifarm ini kita dapati setiap aspek dimanfaatkan sekali gus membuktikan sektor pertanian juga memerlukan daya kreatif bagi menghasilkan pelbagai nilai tambah ekonomi,'' ujarnya. Kata Baha, kaedah ternakan dan pertanian LHM memang patut dijadikan contoh oleh mereka yang ingin menceburi sektor berkenaan kerana ia begitu ekonomik dan berupaya menjana keuntungan lumayan.
''Saya sendiri akan meninjau lokasi di kampung halaman saya berdekatan dengan kawasan sejuk di Perak bersebelahan jalan menuju ke Cameron Highlands untuk mencuba kaedah pertanian seperti di LHM itu,'' ujarnya.
LHM bukan sahaja berupaya menjadi pusat ternakan dan pertanian yang berjaya, malah turut dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan sambil mendapat faedah menerusi lawatan berbayar kepada pelawat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sedikit masa dahulu pernah mengadakan lawatan ke LHM tersebut.
Di samping itu beberapa agensi pertanian termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang dari negara ini turut mengadakan lawatan sambil belajar ke LHM yang ternyata berjaya mengutip banyak ilmu bantu berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian setempat.
No comments:
Post a Comment