JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.....JOM BERIBADAT SAMBIL BERPELUANG UNTUK MELANCONG!!!!!
Nota:
Keputusan pemenang 4 X hadiah pakej pelancongan ke Medan akan diumumkan pada 20 Disember 2010. Pihak kami akan menghubungi pemenang. Anda juga boleh menyemak keputusan dengan melayari:
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Utusan Malaysia, 26 Dis 2003
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut: ``Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata-mata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.'' Mufti Kerajaan Kemboja, Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof menjelaskan tentang hukum ibadah korban.
Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa hukumnya adalah sunat muakkad, tetapi sebahagian ulama Mazhab Hanafi menghukumnya sebagai wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat.
Manakala, bagi setiap orang Islam yang memperoleh cahaya mata, disunatkan pula menyembelih kambing atau lembu sebagai akikah untuk mendekatkan diri anak kepada Allah sejak peringkat awal lagi.
Ia juga sebagai tebusan atau fidyah untuk menebus diri anak daripada segala bencana sebagaimana Allah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
Selain itu sebagai tanda syukur atas kurniaan Allah tersebut, di samping mematuhi perintah Allah.
Tambah beliau, kebiasaannya akikah sunat dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran ataupun pada hari-hari yang ke 14 dan 21.
Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Akikah disembelih pada hari ketujuh, hari keempat belas dan hari kedua puluh satu. (Riwayat Baihaqi).
Namun menurut Kamaruddin, ada ulama yang berpendapat bahawa akikah masih boleh dikerjakan sehingga usia anak itu baligh.
``Demikianlah beratus-ribu kambing, kibasy, lembu dan unta setiap tahun pada Hari Raya Haji disembelih oleh kaum Muslimin di mana saja mereka berada sebagai korban,'' ulas Kamaruddin dalam satu sesi temuramah khas bersama Utusan Malaysia sempena lawatan kerjanya ke Malaysia.
Menurut beliau lagi, terdapat beberapa perbezaan antara korban dan akikah:
- Pertama, daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, manakala daging akikah lebih utama disediakan dalam keadaan yang sudah dimasak sebelum diberi makan kepada fakir miskin dan boleh juga diberikan kepada mereka yang kaya.
- Kedua, daging akikah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa dan harapan agar akhlak dan kelakuan anak yang diakikahkan kelak menjadi manis dipandang orang.
- Ketiga, tulang-tulang haiwan akikah sunat dipotong pada sendi-sendinya. Sementara tulang-tulang daripada daging korban tidak sedemikian.
- Keempat, waktu menyembelih korban terhad kepada empat hari sahaja dalam setahun, iaitu pada Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan tiga Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Sedangkan sembelihan untuk tujuan akikah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut. Bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai.
- Kelima, tuntutan melakukan ibadah akikah untuk seseorang hanyalah sekali seumur hidup, manakala tuntutan korban boleh dilakukan setiap tahun Hijrah.
Kata Kamaruddin, tidak ada ruginya melakukan ibadat korban kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Sabda baginda lagi: ``Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunya daripada kejahatan dunia dan akhirat.''
Oleh itu, tiada yang perlu disangsikan selagi niat kita mahu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Sabda baginda mengingatkan kita semua: Tiada satu amalan pun yang paling dicintai Allah s.w.t. daripada Bani Adam ketika Hari Raya Korban selain menyembelih haiwan korban.
Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada Hari Kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Oleh kerana itu, berbahagialah dirimu dengannya. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).
Program Korban Aidiladha dan Akikah 1424 Hijrah ini akan disempurnakan mengikut ketetapan-ketetapan Mufti Kerajaan Kemboja seperti berikut;
1) Lembu-lembu untuk tujuan ini mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.
2) lembu korban mestilah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan pada Hari Raya Aidiladha 1424 Hijrah.
3) Lembu untuk ibadah akikah hendaklah disembelih dan jamuan akikah disempurnakan sebelum 14 Zulhijjah 1424 Hijrah.
4) Sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban dan akikah hendaklah diserahkan kembali oleh Ahli Jawatan Kuasa Masjid/Surau Kampung kepada urusetia program.
5) Ketetapan 2 dan 3 tertakluk kepada perubahan dengan persetujuan oleh pihak Mufti Kemboja.
Menyentuh soal program Korban dan Akikah di Kemboja yang kini masuk kali ke-10, akui Kamaruddin program ini jelas menunjukkan sambutan hangat umat Islam di Malaysia. Ia berdasarkan kepada jumlah penyertaan awal dahulu hanya sebanyak 17 ekor. Kini, ia menjangkau lebih 4,000 ekor yang telah disempurnakan dalam program ibadah ini.
Tambah beliau, di Kemboja terdapat 370 kampung Islam dengan jumlah penduduk 1,600 keluarga. Urusetia telah menghadkan 100 keluarga bersamaan dengan seekor lembu korban. Manakala satu keluarga menerima sebanyak 500 gm daging tersebut.
Bagi daging akikah pula, kata Kamaruddin selalunya ia disedekahkan kepada keluarga miskin yang berhasrat melangsungkan perkahwinan ataupun dibuat jamuan di masjid.
``Hakikatnya, umat Islam di Kemboja sangat menunggu-nunggu ketibaan Aidiladha kerana ketidakmampuan mereka untuk membeli daging.
``Selain itu, jumlah lembu yang banyak di sini memudahkan perlaksanaan program korban dan akikah ini, sekali gus membantu ekonomi umat Islam di Kemboja,'' kata beliau.
Menerangkan latar belakang minoriti masyarakat Melayu Champa di Kemboja, kata Kamaruddin ia berjumlah 500,000 daripada jumlah keseluruhan rakyat Kemboja seramai 13 juta orang.
``PengIslaman orang-orang Champa bermula sejak tahun 1000 Masehi lagi. Mengikut sejarah, Empayar Champa merangkumi kawasan pertengahan dan selatan Vietnam.
``Namun akibat peperangan antara Champa dan Vietnam yang berlaku ratusan tahun lamanya, menyebabkan berlakunya penghijrahan orang Champa ke Kemboja, Pattani, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Malah kebanyakan daripada mereka menetap di timur Kemboja, bersebelahan dengan Vietnam.
``Paling menyayat hati semasa penguasaan rejim komunis Pol Pot pada tahun 1975 hingga 1979 di Kemboja.
``Waktu itu, dianggarkan seramai 2 juta rakyat Kemboja termasuk golongan Melayu Champa dan alim ulama dibunuh.
``Kini walaupun Kemboja telah bebas daripada cengkaman peperangan, ia masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan ekonomi dan tahap pendidikan yang rendah,'' kata Kamaruddin.
Dalam kesempatan yang ada petang itu, beliau berharap bantuan dalam bentuk menaikkan taraf pendidikan anak-anak Islam dapat dihulurkan oleh rakyat Islam Malaysia yang kaya dengan sifat-sifat pemurah.
Salah satu caranya adalah dengan mengadakan program anak angkat, menyedari potensi anak bangsa mereka yang cerah. Tetapi sayangnya tiada peluang di negara sendiri.
Beliau turut mengharapkan sumbangan naskah al-Quran dan muqaddam kepada umat Islam di sini kerana ia masih berkurangan.
Malah, beliau turut mengalu-alukan kedatangan umat Islam Malaysia ke perkampungan Islam Kemboja agar mendapat gambaran sebenar, tidak hanya melalui cerita-cerita yang didengar.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”Al-Kautsar : Ayat 2
Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut :
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”
Nabi S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud :
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan dating pada hari kiamat ( sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
No comments:
Post a Comment