SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman blog Musafir Multipoints Holiday. Kami sebuah syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara.Untuk memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan, syarikat kami telah berhubung terus dan menjalinkan kerjasama perniagaan
dengan agensi-agensi pelancongan dari luar negara.

Sunday, September 12, 2010

PAKEJ CHINA


Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan ke negara China seperti Guangzhou, Beijing, Guilin, Hongkong, Macau dan Shenzen.

A) PAKEJ BEIJING

1-BEIJING MUSLIM TOUR-4 STAR HOTEL (5 H / 4M)

HARI 1
SUMMER PALACE -Istana Musim Panas milik Maharaja China yang luas dan terletak di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi) . Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga dan kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998. Asalnya dibina oleh Maharaja Qinlong pada 1749 .

PUSAT MUTIARA – melawat pusat perhiasan mutiara asli China

MASJID MADIAN - China mempunyai lebih kurang 45,000 buah masjid dan antara yang terkenal adalah Masjid Madian, salah satu masjid terkenal di Beijing, dibangun pada masa pemerintahan Kaisar Kangxi Dinasti Qing lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya 3,800 meter persegi. Anda akan bersolat Zohor di sini.

KILANG SUTERA & MEMBELI BELAH DI SUN SHINE MARKET - melawat ke pusat sutera China…anda berpeluang melihat sendiri sutera asli yang amat berkualiti . Di samping itu anda dapat membeli belah di Sun Shine Market, yang terkenal di kalangan pelancong.

ACROBATIC SHOW – anda akan dihiburkan dengan pertunjukan AKROBATIK yang terkenal di China. Seni akrobatik mula diperkenalkan semenjak 2000 tahun dahulu ketika era ,Maharaja Huangdi. Di sini anda akan menyaksikan berbagai aksi yang mendebarkan.

HARI 2
JADE CENTER & CRISTAL CENTER – anda dibawa ke pusat perhiasan yang diperbuat dari batu Jade. Bagi masyarakat China, batu Jade mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan mereka dan melambangkan kemewahan. Di sini anda boleh melihat berbagai bentuk rekaan batu Jade yang berkualiti.

JUYONGGUAN GREAT WALL -
Tembok Besar China , merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.

SCALD OINTMENT FACTORY
SANLITUN YASHOW MARKET – membeli belah

HARI 3
TIAN’AN MEN SQUARE –
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan.Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar) menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming.

FORBIDDEN CITY-
Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing, yang kini menempatkan Muzium Istana. Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi).. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing.

MASJID NIUJIE – SOLAT ZOHOR
Masjid Niujie ialah antara masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, merupakan Masjid yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak dan kekal teguh hingga ke hari ini.

CHINESE TRADITIONAL FOOT MASSAGE
CHINESE HERBAL MEDICINE CENTER – enjoy the culture of CHINESE TEA

SILK STREET RUSSIAN MARKET - membeli belah

HARI 4
JEWELRY CITY – melawat pusat eksesori perhiasaan / Kristal dan lain-lain

NATIONAL BEIJING 2008 OLYMPIS STADIUM
Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan. Dikenali juga dengan STADIUM SARANG BURUNG ( BIRD NEST )

MASJID CHAOYANGMEN – solat zohor di masjid yang terkenal dengan senibinanya yang unik

TIANYA HONGQIAO MARKET
WANGFUJING DONGHUAMEN NIGHT STREET – membeli belah

HARI 5
BERTOLAK PULANG – anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk pulang bersama kenangan manis .


2-BEIJING MUSLIM TOUR-4 STAR HOTEL (6 H/ 5M)

HARI 1 : KL – BEIJ
ING (MM)
Berlepas dari LCCT ke Beijing.dan apabila tiba akan disambut oleh wakil kami.Seterusnya akan dibawa ke Silk Factory dan menyaksikan persembahan acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan pada sebelah malam. Daftar masuk hotel dan rehat.

HARI 2: BEIJING ( MT, MM )
Sarapan di Hotel. Lawatan dimulakan dengan melawat ke Summer Palace yang merupakan bangunan pertama yang dibina oleh maharaja Qing pada tahun 1751. Lawatan akan diteruskan ke Pearl Center. Makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Madian.

HARI 3 : BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan di hotel. Lawatan ke Jade Center dan Crystal City untuk membeli – belah. Makan tengah hari di restoran dan solat zohor di Masjid Niujie. Lawatan diteruskan lagi ke Juyongguan Great Wall dan Baoshutang Scald Ointment Factory.

HARI 4 : BEIJING (SP / MT / MM)Sarapan di hotel. Lawatan dimulakan ke Tian’an Men Square, Forbidden City. Istana larangan ini dijaga rapi untuk mengekalkan kesan sejarahnya. Disinilah tempat Maharaja China besemayam pada masa dahulu. Makan tengah hari dan solat zohor. Seterusnya ke Wangfujing Street dan melawat Stadium Olimpik 2008.

HARI 5 : TIANJIN (SP / MT / MM)Sarapan di hotel. Anda akan di bawa ke Jewelry City. Bertolak ke Tianjin dengan menggunakan bas. Makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Tianjin. Lawatan diteruskan lagi ke Snack Market dan Tianjin Ancient Culture Street.

HARI 6 : TIANJINBertolak balik ke Beijing dengan menggunakan bas dan anda akan melawat Silk Street. Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.

2 comments:

  1. hello Musafir^^...
    pakej untuk non-muslim ada tak?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ,

    Saya wakil daripada pelajar USM ingin membuat Education Visit ke University of Science and Technology of Beijing, China pada 10@11/2014.

    Kami memohon pihak musafir menyediakan sebut harga untuk full package selama 4 hari 3malam utk 50pax.

    full pckage:

    pengangkutan

    makanan (halal)

    tempat penginapan

    tiket penerbangan (pergi balik )

    tourist guide

    tour

    Respon dari pihak tuan/puan amat kami hargai.Sekian, terima kasih

    Yang Ikhlas,


    ReplyDelete