SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman blog Musafir Multipoints Holiday. Kami sebuah syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara.Untuk memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan, syarikat kami telah berhubung terus dan menjalinkan kerjasama perniagaan
dengan agensi-agensi pelancongan dari luar negara.

Monday, September 20, 2010

PAKEJ THAILAND


THAILAND








PAKEJ HATYAI/SONGKHLA(
2 HARI/ 1 MALAM)

HARI 1: ALOR SETAR – SONGKHLA – HATYAI
Bertolak dari Alor Setar ke Songkhla. Tiba di Bukit Kayu Hitam urusan border dan teruskan perjalanan ke Songkhla. tiba di Songkhla, lawatan ke tepi pantai untuk bergambar dan bersiar-siar dan membeli barangan tempatan di Kok Yo. Bertolak ke Hatyai. Daftar masuk hotel. Aktiviti bebas.

HARI 2: HATYAI – DANOK – ALOR SETAR
Selepas sarapan, daftar keluar hotel. Membeli belah di bazar dan pusat Bandar Hatyai. Membeli belah di Nora Plaza. Bertolak ke Danok dan membeli belah. Bertolak pulang ke Alor Setar.


PAKEJ HATYAI/SONGKHLA (
3 HARI 2 MALAM)

HARI 1 : ALOR SETAR – HATYAI
Bertolak dari Alor Setar ke Hatyai. Tiba di Bukit Kayu Hitam urusan border. Makan tengahari. Daftar masuk hotel dan acara bebas. Makan malam.

HARI 2: HATYAI – SONGKHLA – HATYAI
Sarapan di hotel. Lawatan dimulakan ke tepi pantai untuk bergambar dan bersiar-siar dan membeli barangan tempatan di Kok Yo. Aktiviti bebas.

HARI 3: HATYAI – DANOK – ALOR SETAR
Selepas sarapan, daftar keluar hotel. Membeli belah di bazar dan pusat Bandar Hatyai. Membeli belah di Nora Plaza. Bertolak ke Danok dan membeli belah. Bertolak pulang ke Alor Setar.






Saturday, September 18, 2010

PAKEJ INDONESIA


INDONESIA



A) PAKEJ MEDAN


1- MEDAN + PARAPAT (3 HARI / 2 MALAM)

HARI 1

Bertolak ke Medan dan apabila tiba anda akan dijemput oleh wakil kami di sana.

Lawatan :- ISTANA MAIMOON , yang merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Medan, ibukota Sumatera Utara.Istana ini sebenarnya dirancang oleh seorang arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Ia mempunyai keluasan 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Binaan Istana Maimun menarik minat ramai pelancong kerana ia mempunyai binaan yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, dari kebudayaan Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali.

Ketika ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga–keluarga sultan. Ruangan pertemuan, foto–foto keluarga kerajaan Deli, perabot rumah zaman Belanda kuno dan pelbagai senjata. Di istana ini juga terdapat Meriam Puntung yang merupakan peninggalan sejarah daripada kerajaan Deli.


PUSAT BATIK – Medan terkenal dengan penghasilan batik berkualiti dengan harga yang murah. Di sini anda boleh memilih batik yang sesuai untuk dibawa pulang.


PARAPAT LAKE TOBA- seterusnya anda di bawa ke Parapat. Dalam perjalan anda berpeluang singgah sambil membeli barangan atau makanan tempatan yang terkenal iaitu Teng Teng. Daftar masuk hotel.


HARI 2

Lawatan :-

DANAU TOBA-ialah tasik terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 900 meter. Terjadi akibat letusan gunung berapi besar kira-kita 75,000 tahun dahulu. Letusan ini adalah yang terbesar semenjak 25 juta tahun dahulu. Letusan ini memusnahkan kawasan seluas 20,000 square kilometer, dengan debu menjangkau jarak 3,000 km dan setebal 600 meter mengakibatkan kegelapan selama hampir 3 bulan. Kajian Bill Rose dan Craig Chesner dari Michigan Technological University mengatakan debu letusan ini menutupi Malaysia setebal 9 meter.


PULAU SAMOSIR-Terbentuk selepas letusan dan pulau ini dianggarkan seluas Singapura. Anda akan di bawa menaiki cruise untuk melawat Perkampungan TOMOK, dan kesan-kesan peninggalan Raja Sidabutar dan Raja Siallan serta tempat menyimpan benda-benda kuno yang dipakai untuk keperluan sehari-hari oleh masyarakat Batak zaman dulu yang sudah berusia ratusan tahun. Anda juga dapat melawat Pusat pemerintahan di Ambarita, yang terletak Danau Toba dengan jumlah penduduk 20.264 orang. Di sini anda bolehlah membeli berbagai cenderamata yang menarik dan unik.


Perjalanan diteruskan ke SIMARJARUNJUNG, singgah sebentar untuk menikmati teh Halia dan Pisang Goreng yang terkenal dan berbeza di sini. BERASTAGI, yang bercuaca dingin dan sangat terkenal dengan sayur sayuran dan buah buahan. Anda turut dibawa membeli belah di Pasar Buah.


AIR TERJUN SIPISO-PISO-

Menikmati keindahan tanah tinggi dan Air terjun Sipiso Piso setinggi 110 meter. Air Terjun ini berasal dari mata air di Barisan Bukit Dolok Simangande, Desa Garoga. Merupakan air terjun yang tertinggi di Indonesia.


BANDAR MEDAN

Daftar masuk hotel di Medan. Pada seblah malamnya anda boleh menjalankan aktiviti sendiri seperti bersiar-siar dan menikmati keindahan malam di Bandar Medan.


HARI 3

Selepas sarapan, anda boleh menjalankan aktiviti sendiri sehingga di hantar ke lapangan terbang untuk pulang dengan seribu kenangan manis bersama Musafir Multipoints Holidays.


Harga Pakej Termasuk :

Tiket penerbangan pergi balik

Penginapan hotel / 2 orang sebilik

Makan dan minum ( 100% halal )

Lawatan / pengankutan

Tiket berbayar sepanjang lawatan

Tiket Ferry/Cruise ke Pulau Samosir

Pemandu Pelancong

Tipping



2-

MEDAN LAKE TOBA – MUSLIM TOUR 4 HARI / 3 MALAM

(Medan + Perapat + Berastagi)


HARI 1

Bertolak ke Medan dan apabila tiba anda akan dijemput oleh wakil kami di sana.
Lawatan :- ISTANA MAIMOON , yang merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Medan, ibukota Sumatera Utara.Istana ini sebenarnya dirancang oleh seorang arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Ia mempunyai keluasan 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Binaan Istana Maimun menarik minat ramai pelancong kerana ia mempunyai binaan yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, dari kebudayaan Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali. Ketika ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga–keluarga sultan. Ruangan pertemuan, foto–foto keluarga kerajaan Deli, perabot rumah zaman Belanda kuno dan pelbagai senjata. Di istana ini juga terdapat Meriam Puntung yang merupakan peninggalan sejarah daripada kerajaan Deli.
PUSAT BATIK – Medan terkenal dengan penghasilan batik berkualiti dengan harga yang murah. Di sini anda boleh memilih batik yang sesuai untuk dibawa pulang.
PARAPAT LAKE TOBA- seterusnya anda di bawa ke Parapat. Dalam perjalan anda berpeluang singgah sambil membeli barangan atau makanan tempatan yang terkenal iaitu Teng Teng. Daftar masuk hotel.

HARI 2
Lawatan :-DANAU TOBA -ialah tasik terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 900 meter. Terjadi akibat letusan gunung berapi besar kira-kita 75,000 tahun dahulu. Letusan ini adalah yang terbesar semenjak 25 juta tahun dahulu. Letusan ini memusnahkan kawasan seluas 20,000 square kilometer, dengan debu menjangkau jarak 3,000 km dan setebal 600 meter mengakibatkan kegelapan selama hampir 3 bulan. Kajian Bill Rose dan Craig Chesner dari Michigan Technological University mengatakan debu letusan ini menutupi Malaysia setebal 9 meter.
PULAU SAMOSIR-
Terbentuk selepas letusan dan pulau ini dianggarkan seluas Singapura. Anda akan di bawa menaiki cruise untuk melawat Perkampungan TOMOK, dan kesan-kesan peninggalan Raja Sidabutar dan Raja Siallan serta tempat menyimpan benda-benda kuno yang dipakai untuk keperluan sehari-hari oleh masyarakat Batak zaman dulu yang sudah berusia ratusan tahun. Anda juga dapat melawat Pusat pemerintahan di Ambarita, yang terletak Danau Toba dengan jumlah penduduk 20.264 orang. Di sini anda bolehlah membeli berbagai cenderamata yang menarik dan unik. Perjalanan diteruskan ke SIMARJARUNJUNG, singgah sebentar untuk menikmati teh Halia dan Pisang Goreng yang terkenal dan berbeza di sini. BERASTAGI, yang bercuaca dingin dan sangat terkenal denan sayEur sayuran dan buah buahan. Anda turut dibawa membeli belah di Pasar Buah.
AIR TERJUN SIPISO-PISO-
Menikmati keindahan tanah tinggi dan Air terjun Sipiso Piso setinggi 110 meter. Air Terjun ini berasal dari mata air di Barisan Bukit Dolok Simangande, Desa Garoga. Merupakan air terjun yang tertinggi di Indonesia. Tiba di Berastagi- daftar masuk hotel.

HARI 3

MEDAN – lawatan diteruskan kembali ke Bandar Medan melalui Sibolangit dan Sembahe. Tiba di medan anda boleh membelah belah kawasan yang terkenal seperti PASAR IKAN LAMA, MEDAN MALL, SUN PLAZA (SOGO) atau PLAZA MEDAN. Daftar masuk hotel di Medan. Pada sebelah malamnya anda boleh menjalankan aktiviti sendiri seperti bersiar-siar dan menikmati keindahan malam di Bandar Medan.


HARI 4
Selepas sarapan, anda boleh menjalankan aktiviti sendiri sehingga di hantar ke lapangan terbang untuk pulang dengan seribu kenangan manis bersama Musafir Multipoints Holidays.


Harga Pakej Termasuk :
Tiket penerbangan pergi balik
Penginapan hotel / 2 orang sebilik
Makan dan minum ( 100% halal )
Lawatan / pengankutan
Tiket berbayar sepanjang lawatan
Tiket Ferry/Cruise ke Pulau Samosir
Pemandu Pelancong
Tipping

PAKEJ JAKARTA + PUNCAK + BANDUNG


1- JAKARTA + BANDUNG (3 HARI / 2 MALAM)

2- JAKARTA + PUNCAK + BANDUNG (4 HARI / 3 MALAM)

3- JAKARTA + PUNCAK + BANDUNG (5 HARI / 4 MALAM)


C) PAKEJ BALI


1- BALI (4 HARI / 3 MALAM)

2- BALI (5 HARI / 4 MALAM)



PAKEJ KEMBOJA


KEMBOJA


1) PAKEJ KEMBOJA (3H/2M)

Day 1- Arrival - Phnom Penh (Dinner)
Arrival at Phnom Penh - Po Chen Tong airport, meet& greet with tour guide at Phnom Penh. Check in hotel and free at own leisure. Dinner at local restaurant.

Day 2- Phnom Penh City Tour (Breakfast, Lunch, Dinner)
Breakfast at hotel. Proceed to full day city tour and cover some major sights of Phnom Penh. Royal Palace - the private quarters of the Royal Palace are now home to the royalfamily and are therefore very close to the public.Silver Pagoda - the most sacred temple in the country. Tuol Sleng Priso Museum - left by the painful bloody rule of the Khmer Rouge. Independent Monument, Victoria Monument and Psar Toul Tom Pong - the city’s lively open marketsall called the “ Russian Market”, enjoy a walk around this bustling trading center and see plenty of local handicrafts and artifacts. Lunch and dinner will be served at local restaurant.

Day 3-Departure (Breakfast)
Breakfast at hotel. Free at own leisure and transfer out to Phnom Penh Airport for your departure flight


PAKEJ 2: PHNOM PENH- CAMBODIA TOUR (4D/3N)

Day 01 : Arrival - Phnom Penh (Dinner)
Arrival at Phnom Penh -Po Chen Tong airport, meet & greet with tour guide. Check in hotel and free at own leisure. Dinner at local restaurant

Day 02 : Phnom Penh City Tour (Breakfast/Lunch/Dinner)
Breakfast at hotel. Proceed to full day city tour and cover some major sights of Phnom Penh. Royal Palace - The private quarters of the Royal Palace are now home to the royal family and are therefore very close to the public. Silver Pagoda - the most sacred temple in the country. Wat Phnom, Independent Monument, Victoria Monument and take a walk on the Chaktomok River. Lunch and dinner will be served at local restaurant.

Day 03: Phnom Penh - Tonle Bati (Breakfast/Lunch/Dinner)
Breakfast at hotel. Proceed to full day tour, visit National Museum, Russian Market (open market, Psar Toul Tom Pong), Tuol Sleng Prison Museum, Killing Fields of Choeung Ek, the complex of Tonle Bati with Ta Prohm and Prasat Yeay Peo Temple. Lunch and dinner will be served at local restaurant.

Day 04: Departure (Breakfast)
Breakfast at hotel. Free at own leisure and transfer out to Phnom Penh Airport for your departure flight.


PAKEJ 3: SIEM REAP AND PHNOM PENH- CAMBODIA TOUR (4D/3N)

Day 01: Arrival - Siem Reap (Lunch/Dinner)
Arrive at Siem Reap Airport, meet & greet by our local tour guide. Proceed to visit Artisan D’ Angkor, a handicraft center the Handicraft center for the wood and stone carving processes. Next, Wat Bo founded in the 18th century, A large, highly respected pagoda contains very unique wall paintings of the Reamker (Ramajana) that are said to be late 19th century. Afternoon visit Wat Thmei (Killing Field) contains a unique glass-walled stupa containing the bones of victims of the Khmer Rouge. Some of the bones were recovered from a nearby well while others are the remains of soldiers who died on a nearby battlefield. Then, transfer to enjoy the view of Sunset over Angkor Wat on the top of the Bakheng hill. Lunch and dinner will be served at local restaurant.

Day 02: Siem Reap (Breakfast/Lunch/Dinner)
After breakfast at the hotel, proceed to visit The South Gate of Angkor Thom: Bayon, Baphoun, Elephant and Leper King Terrace, Phimeanakas, next visit Ta Prohm. Enjoy lunch at local restaurant. After lunch visit local market for shopping. Afternoon continue to visit Thommanan, Chaosay, Ta Keo, and The World Heritage of Angkor Wat, one of the “Seven Wonders’ of the world”. Buffet dinner with Cambodian Traditional show.

Day 03: Siem Reap - Phnom Penh (Breakfast/Lunch/Dinner)
After breakfast at hotel, overland to Phnom Penh by coach. Upon arrival, meet and greet by our guide. After lunch at local restaurant, proceed to hotel for check in and visit Royal Palace, Silver Pagoda, Wat Phnom, souvenir shop and Russian Market. Dinner will be served at local restaurant.

Day 04: Phnom Penh Departure (Breakfast)
After breakfast, free at your own leisure until departure time you will be picked up by our tour guide then transfer to Siem Reap Airport for your departure flight.




Tuesday, September 14, 2010

PAKEJ SOLO LEMBAH HIJAU JOGJAKARTA (PAKEJ EKSKLUSIF)

PAKEJ SOLO LEMBAH HIJAU JOGJAKARTA (PAKEJ EKSKLUSIF)










SOLO LEMBAH HIJAU JOGJA TOUR (4D/3N)

DAY 01 : ARRIVAL SOLO TOUR AND SHOPPING (L/D)
Upon arrival in Adisumarmo Int'l airport of Solo , meeting service with our friendly guide then direct to have Solo City tour, features : Mangkunegaran Palace , Antique Market, Bengawan Solo River . Lunch at local restaurant. Shopping to Pusat Grosir Solo, PASAR KLEWER and Solo Grand Mall. afterward transfer to hotel for check in free at your own program

DAY 02 : SOLO - LEMBAH HIJAU - JOGJAKARTA (B/L/D)
This morning we will visit lembah Hijau. After having lunch at Lembah Hijau area, we proceed to Jogjakarta, arrival Jogjakarta
Enjoying shopping experience, hunting exclusive souvenirs of Jogja, tourists may walk on foot along the arcades of Malioboro Street. There are many vendors selling their merchandises, ranging from such local handicrafts as batik, rattan ornament, leather puppet, bamboo handicrafts (key holder, ornament lamp, and others) as well as blangkon (Javanese / Jogjanese traditional cap) and silver goods to general little things that you may find in other trading places including to Mirota Batik, Omah Mode & Cosmos Factoty Outlets. Evening, transfer to local restaurant for dinner.

DAY 03 : JOGJAKARTA - LAVA VIEW - BOROBUDUR - PARANG TRITIS - SOLO (B/L/D)
This morning we will visit the beauty of Mount Merapi from Kaliadem Village, its slope located approximately 5 km from the top of Merapi. Leaving Merapi's slope for a stop at Salak Fruit Plantation. Continued to Magelang district to visit the magnificent Borobudur temple, built with 60.00 m3 of stones in the 8th century. Follow the life of the founder of Buddhism (Siddharta Gautama) carved on the walls. Two other small temples, Pawon and Mendut, both related to Borobudur, will be visit afterwards. Lunch at local restaurant. Continued to Kasongan Village is known for the traditional clay potteries. In there, you would see that most of the people are clay artisans, with their natural artistic talent. Many kinds of goods are produced, which most are household ones like moneyboxes, vases, animal figures, and many others. Next, to Manding Village - the place has many leather craftsmen and shops selling leather products such as jackets, shoes, bag, belt as well as varied accessories made of leather like picture frames and key hanger. Afterward, drive southward to Parangtritis Beach, not only as a beach resort where sand-dunes, sandy beach and rocky cliffs meet, but it is also a historical place which closely related to the mysterious legend of the Queen of the South Ocean Kanjeng Ratu Kidul, who together with her confident, the feared Nyai Loro Kidul, the ever youthful and beautiful queen, reign over sea nymphs & spirits. Transfer to Solo, dinner at local restaurant provided on the way transfer to hotel & rest of the night is free for your own leisure.

DAY 04 : SOLO DEPARTURE (B)
Breakfast at hotel, transfer to airport for departure

Utusan Malaysia

ARKIB : 19/02/2010

Kejayaan pertanian integrasi di Indonesia

Oleh NAZERI NONG SAMAH

pengarang@utusan.com.my

Foto DZULKEFLEE AB. RAHMAN

KAEDAH pertanian integrasi di Lembah Hijau Multifarm (LHM) di Solo, Jawa Tengah, Indonesia yang hanya bermodalkan 400 ekor lembu baka dari Belanda diternak secara kandang teduh ternyata menampakkan kejayaan memberangsangkan.Ladang tersebut berupaya menghasilkan pelbagai hasil pertanian hiliran yang dibangunkan di kawasan seluas lapan hektar lebih 10 tahun lalu.

Apa yang dimaksudkan ialah hasil hiliran daripada ternakan lembu bukan pedaging itu bermula dengan tinja dimanfaatkan sepenuhnya untuk penghasilan baja. Di kawasan itu juga diusahakan ternakan ikan patin, nurseri pokok bunga, kebun buah-buahan dan sayur serta sawah padi. Bagi mendapatkan gambaran dari dekat mengenai LHM, Utusan Malaysia telah melawat lokasi berkenaan yang menjadi contoh kepada konsep pertanian integrasi dan ternakan yang paling berjaya di Indonesia.

Lazimnya, apabila anda melawat ladang atau kandang lembu pasti akan menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk najisnya.

Bagaimanapun keadaan itu berbeza dengan apa yang terdapat di LHM kerana bau busuk najis lembu berupaya diminimumkan. Seorang pegawai di LHM, Eni Kusuraowati, 26, berkata, rahsia najis lembu di situ kurang berbau busuk ialah berpunca daripada pemakanan haiwan tersebut.

''Kesemua lembu di sini diberi makan bahan organik jerami padi supaya najis yang terhasil dipercayai mengandungi nilai perubatan kerana lembu dalam kandang ini dibiar berkubang dengan najis sendiri. ''Buktinya kesemua lembu di sini bebas daripada sebarang penyakit haiwan,'' ujarnya.

Satu lagi kelebihan yang terdapat di LHM ialah mengutamakan konsep mesra alam. Ini kerana ia turut menjaga alam sekitar kerana kotoran daripada kandang lembu tidak dialir ke sungai berdekatan, sebaliknya air najis itu ditapis lebih tiga kali melalui dalam kolam berliku. Tapis najis lembu itu turut dicampur dengan serbuk kayu gergaji yang boleh menyerap urin dan akhir sekali kolam penapis itu menggunakan keladi bunting yang timbul di permukaan air kolam berfungsi sebagai penyerap segala kekotoran.

Pada satu bahagian pula terdapat kolam ternak ikan patin bersebelahan kandang lembu.Ikan patin itu memakan sisa plankton daripada tapisan najis lembu tersebut. Bagaimanapun kata Eni, ikan patin seberat minimum satu kilogram seekor selepas berusia 10 bulan itu disaring beberapa minggu di dalam akuarium air bersih sebelum dijual.

Di samping itu, LHM turut memanfaatkan kumbahan najis lembu yang dicampur dengan jerami padi diperap beberapa bulan sehingga menjadi baja kompos bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah memenuhi pasaran eksport termasuk ke Malaysia.

Di LHM juga terdapat nurseri anak-anak pokok bunga yang dimanfaatkan daripada baja najis lembu, selain kebun buah-buahan, sayur-sayuran dan sawah padi yang subur berdekatan kandang lembu.''Di LHM ini kita gabungkan semua aspek berdasarkan kaedah saintifik dan tradisi yang ternyata membuahkan hasil yang memuaskan,'' kata Eni. Demikianlah betapa kreatifnya sistem ternakan lembu di LHM sekali gus boleh menghasilkan pelbagai penghasilan hiliran yang begitu dikagumi.

Sementara itu ahli akademik yang juga Setiausaha Eksekutif Karaton Surakarta Hadiningrat Malaysia, Datuk Dr. Baha Nordin dalam kunjungan ke LHM itu berkata; ''Memang banyak perkara yang boleh dipelajari dari situ dan dipraktik pula dalam sektor pertanian di negara kita.

''Di Lembah Hijau Multifarm ini kita dapati setiap aspek dimanfaatkan sekali gus membuktikan sektor pertanian juga memerlukan daya kreatif bagi menghasilkan pelbagai nilai tambah ekonomi,'' ujarnya. Kata Baha, kaedah ternakan dan pertanian LHM memang patut dijadikan contoh oleh mereka yang ingin menceburi sektor berkenaan kerana ia begitu ekonomik dan berupaya menjana keuntungan lumayan.

''Saya sendiri akan meninjau lokasi di kampung halaman saya berdekatan dengan kawasan sejuk di Perak bersebelahan jalan menuju ke Cameron Highlands untuk mencuba kaedah pertanian seperti di LHM itu,'' ujarnya.

LHM bukan sahaja berupaya menjadi pusat ternakan dan pertanian yang berjaya, malah turut dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan sambil mendapat faedah menerusi lawatan berbayar kepada pelawat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sedikit masa dahulu pernah mengadakan lawatan ke LHM tersebut.

Di samping itu beberapa agensi pertanian termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang dari negara ini turut mengadakan lawatan sambil belajar ke LHM yang ternyata berjaya mengutip banyak ilmu bantu berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian setempat.

Sunday, September 12, 2010

PAKEJ CHINA


Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan ke negara China seperti Guangzhou, Beijing, Guilin, Hongkong, Macau dan Shenzen.

A) PAKEJ BEIJING

1-BEIJING MUSLIM TOUR-4 STAR HOTEL (5 H / 4M)

HARI 1
SUMMER PALACE -Istana Musim Panas milik Maharaja China yang luas dan terletak di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi) . Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga dan kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998. Asalnya dibina oleh Maharaja Qinlong pada 1749 .

PUSAT MUTIARA – melawat pusat perhiasan mutiara asli China

MASJID MADIAN - China mempunyai lebih kurang 45,000 buah masjid dan antara yang terkenal adalah Masjid Madian, salah satu masjid terkenal di Beijing, dibangun pada masa pemerintahan Kaisar Kangxi Dinasti Qing lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya 3,800 meter persegi. Anda akan bersolat Zohor di sini.

KILANG SUTERA & MEMBELI BELAH DI SUN SHINE MARKET - melawat ke pusat sutera China…anda berpeluang melihat sendiri sutera asli yang amat berkualiti . Di samping itu anda dapat membeli belah di Sun Shine Market, yang terkenal di kalangan pelancong.

ACROBATIC SHOW – anda akan dihiburkan dengan pertunjukan AKROBATIK yang terkenal di China. Seni akrobatik mula diperkenalkan semenjak 2000 tahun dahulu ketika era ,Maharaja Huangdi. Di sini anda akan menyaksikan berbagai aksi yang mendebarkan.

HARI 2
JADE CENTER & CRISTAL CENTER – anda dibawa ke pusat perhiasan yang diperbuat dari batu Jade. Bagi masyarakat China, batu Jade mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan mereka dan melambangkan kemewahan. Di sini anda boleh melihat berbagai bentuk rekaan batu Jade yang berkualiti.

JUYONGGUAN GREAT WALL -
Tembok Besar China , merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.

SCALD OINTMENT FACTORY
SANLITUN YASHOW MARKET – membeli belah

HARI 3
TIAN’AN MEN SQUARE –
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan.Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar) menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming.

FORBIDDEN CITY-
Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing, yang kini menempatkan Muzium Istana. Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi).. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing.

MASJID NIUJIE – SOLAT ZOHOR
Masjid Niujie ialah antara masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, merupakan Masjid yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak dan kekal teguh hingga ke hari ini.

CHINESE TRADITIONAL FOOT MASSAGE
CHINESE HERBAL MEDICINE CENTER – enjoy the culture of CHINESE TEA

SILK STREET RUSSIAN MARKET - membeli belah

HARI 4
JEWELRY CITY – melawat pusat eksesori perhiasaan / Kristal dan lain-lain

NATIONAL BEIJING 2008 OLYMPIS STADIUM
Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan. Dikenali juga dengan STADIUM SARANG BURUNG ( BIRD NEST )

MASJID CHAOYANGMEN – solat zohor di masjid yang terkenal dengan senibinanya yang unik

TIANYA HONGQIAO MARKET
WANGFUJING DONGHUAMEN NIGHT STREET – membeli belah

HARI 5
BERTOLAK PULANG – anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk pulang bersama kenangan manis .


2-BEIJING MUSLIM TOUR-4 STAR HOTEL (6 H/ 5M)

HARI 1 : KL – BEIJ
ING (MM)
Berlepas dari LCCT ke Beijing.dan apabila tiba akan disambut oleh wakil kami.Seterusnya akan dibawa ke Silk Factory dan menyaksikan persembahan acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan pada sebelah malam. Daftar masuk hotel dan rehat.

HARI 2: BEIJING ( MT, MM )
Sarapan di Hotel. Lawatan dimulakan dengan melawat ke Summer Palace yang merupakan bangunan pertama yang dibina oleh maharaja Qing pada tahun 1751. Lawatan akan diteruskan ke Pearl Center. Makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Madian.

HARI 3 : BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan di hotel. Lawatan ke Jade Center dan Crystal City untuk membeli – belah. Makan tengah hari di restoran dan solat zohor di Masjid Niujie. Lawatan diteruskan lagi ke Juyongguan Great Wall dan Baoshutang Scald Ointment Factory.

HARI 4 : BEIJING (SP / MT / MM)Sarapan di hotel. Lawatan dimulakan ke Tian’an Men Square, Forbidden City. Istana larangan ini dijaga rapi untuk mengekalkan kesan sejarahnya. Disinilah tempat Maharaja China besemayam pada masa dahulu. Makan tengah hari dan solat zohor. Seterusnya ke Wangfujing Street dan melawat Stadium Olimpik 2008.

HARI 5 : TIANJIN (SP / MT / MM)Sarapan di hotel. Anda akan di bawa ke Jewelry City. Bertolak ke Tianjin dengan menggunakan bas. Makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Tianjin. Lawatan diteruskan lagi ke Snack Market dan Tianjin Ancient Culture Street.

HARI 6 : TIANJINBertolak balik ke Beijing dengan menggunakan bas dan anda akan melawat Silk Street. Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.

Thursday, September 9, 2010

PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA

PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA



KELEBIHAN PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA

1) Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM 230 untuk satu bahagian lembu atau RM 445 untuk satu ekor kambing.

2) Setiap peserta akan menerima satu sijil penyertaan bagi setiap bahagian penyertaan, yang disahkan oleh Pengerusi Program. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan. Setiap peserta juga akan diberi gambar-gambar Majlis Korban yang telah disertai (gambar diberikan dalam bentuk CD).

3) Korban dilaksanakan di tempat yang mempunyai ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dibelenggu kemiskinan yang melarat di samping tahap pendidikan yang rendah.

4) Pihak penganjur akan memperuntukkan sebahagian daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja terutama pembiayaan dalam bidang pendidikan. Kita dapat membantu menjana ekonomi masyarakat Islam Kemboja dengan membeli binatang ternakan yang dikorbankan dari mereka.

5) Untuk Setiap satu penyertaan , anda layak memenangi hadiah Cabutan Bertuah iaitu pakej pelancongan ke Medan (cabutan merujuk pada no.siri sijil penyertaan). Bagi mengenang jasa atas sikap bermurah hati anda ini, pihak penganjur telah menyediakan 4 X hadiah pakej pelancongan 4 hari 3 malam ke MEDAN untuk di menangi !!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.....JOM BERIBADAT SAMBIL BERPELUANG UNTUK MELANCONG!!!!!

Nota:

Keputusan pemenang 4 X hadiah pakej pelancongan ke Medan akan diumumkan pada 20 Disember 2010. Pihak kami akan menghubungi pemenang. Anda juga boleh menyemak keputusan dengan melayari:


Korban, akikah - Umat Islam Kemboja menanti

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Utusan Malaysia, 26 Dis 2003

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut: ``Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata-mata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.'' Mufti Kerajaan Kemboja, Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof menjelaskan tentang hukum ibadah korban.

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa hukumnya adalah sunat muakkad, tetapi sebahagian ulama Mazhab Hanafi menghukumnya sebagai wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat.

Manakala, bagi setiap orang Islam yang memperoleh cahaya mata, disunatkan pula menyembelih kambing atau lembu sebagai akikah untuk mendekatkan diri anak kepada Allah sejak peringkat awal lagi.

Ia juga sebagai tebusan atau fidyah untuk menebus diri anak daripada segala bencana sebagaimana Allah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.

Selain itu sebagai tanda syukur atas kurniaan Allah tersebut, di samping mematuhi perintah Allah.

Tambah beliau, kebiasaannya akikah sunat dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran ataupun pada hari-hari yang ke 14 dan 21.

Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Akikah disembelih pada hari ketujuh, hari keempat belas dan hari kedua puluh satu. (Riwayat Baihaqi).

Namun menurut Kamaruddin, ada ulama yang berpendapat bahawa akikah masih boleh dikerjakan sehingga usia anak itu baligh.

``Demikianlah beratus-ribu kambing, kibasy, lembu dan unta setiap tahun pada Hari Raya Haji disembelih oleh kaum Muslimin di mana saja mereka berada sebagai korban,'' ulas Kamaruddin dalam satu sesi temuramah khas bersama Utusan Malaysia sempena lawatan kerjanya ke Malaysia.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa perbezaan antara korban dan akikah:

- Pertama, daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, manakala daging akikah lebih utama disediakan dalam keadaan yang sudah dimasak sebelum diberi makan kepada fakir miskin dan boleh juga diberikan kepada mereka yang kaya.

- Kedua, daging akikah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa dan harapan agar akhlak dan kelakuan anak yang diakikahkan kelak menjadi manis dipandang orang.

- Ketiga, tulang-tulang haiwan akikah sunat dipotong pada sendi-sendinya. Sementara tulang-tulang daripada daging korban tidak sedemikian.

- Keempat, waktu menyembelih korban terhad kepada empat hari sahaja dalam setahun, iaitu pada Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan tiga Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Sedangkan sembelihan untuk tujuan akikah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut. Bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai.

- Kelima, tuntutan melakukan ibadah akikah untuk seseorang hanyalah sekali seumur hidup, manakala tuntutan korban boleh dilakukan setiap tahun Hijrah.

Kata Kamaruddin, tidak ada ruginya melakukan ibadat korban kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Sabda baginda lagi: ``Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunya daripada kejahatan dunia dan akhirat.''

Oleh itu, tiada yang perlu disangsikan selagi niat kita mahu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Sabda baginda mengingatkan kita semua: Tiada satu amalan pun yang paling dicintai Allah s.w.t. daripada Bani Adam ketika Hari Raya Korban selain menyembelih haiwan korban.

Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada Hari Kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Oleh kerana itu, berbahagialah dirimu dengannya. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Program Korban Aidiladha dan Akikah 1424 Hijrah ini akan disempurnakan mengikut ketetapan-ketetapan Mufti Kerajaan Kemboja seperti berikut;


1) Lembu-lembu untuk tujuan ini mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.


2) lembu korban mestilah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan pada Hari Raya Aidiladha 1424 Hijrah.


3) Lembu untuk ibadah akikah hendaklah disembelih dan jamuan akikah disempurnakan sebelum 14 Zulhijjah 1424 Hijrah.


4) Sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban dan akikah hendaklah diserahkan kembali oleh Ahli Jawatan Kuasa Masjid/Surau Kampung kepada urusetia program.


5) Ketetapan 2 dan 3 tertakluk kepada perubahan dengan persetujuan oleh pihak Mufti Kemboja.


Menyentuh soal program Korban dan Akikah di Kemboja yang kini masuk kali ke-10, akui Kamaruddin program ini jelas menunjukkan sambutan hangat umat Islam di Malaysia. Ia berdasarkan kepada jumlah penyertaan awal dahulu hanya sebanyak 17 ekor. Kini, ia menjangkau lebih 4,000 ekor yang telah disempurnakan dalam program ibadah ini.

Tambah beliau, di Kemboja terdapat 370 kampung Islam dengan jumlah penduduk 1,600 keluarga. Urusetia telah menghadkan 100 keluarga bersamaan dengan seekor lembu korban. Manakala satu keluarga menerima sebanyak 500 gm daging tersebut.

Bagi daging akikah pula, kata Kamaruddin selalunya ia disedekahkan kepada keluarga miskin yang berhasrat melangsungkan perkahwinan ataupun dibuat jamuan di masjid.

``Hakikatnya, umat Islam di Kemboja sangat menunggu-nunggu ketibaan Aidiladha kerana ketidakmampuan mereka untuk membeli daging.

``Selain itu, jumlah lembu yang banyak di sini memudahkan perlaksanaan program korban dan akikah ini, sekali gus membantu ekonomi umat Islam di Kemboja,'' kata beliau.

Menerangkan latar belakang minoriti masyarakat Melayu Champa di Kemboja, kata Kamaruddin ia berjumlah 500,000 daripada jumlah keseluruhan rakyat Kemboja seramai 13 juta orang.

``PengIslaman orang-orang Champa bermula sejak tahun 1000 Masehi lagi. Mengikut sejarah, Empayar Champa merangkumi kawasan pertengahan dan selatan Vietnam.

``Namun akibat peperangan antara Champa dan Vietnam yang berlaku ratusan tahun lamanya, menyebabkan berlakunya penghijrahan orang Champa ke Kemboja, Pattani, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Malah kebanyakan daripada mereka menetap di timur Kemboja, bersebelahan dengan Vietnam.

``Paling menyayat hati semasa penguasaan rejim komunis Pol Pot pada tahun 1975 hingga 1979 di Kemboja.

``Waktu itu, dianggarkan seramai 2 juta rakyat Kemboja termasuk golongan Melayu Champa dan alim ulama dibunuh.

``Kini walaupun Kemboja telah bebas daripada cengkaman peperangan, ia masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan ekonomi dan tahap pendidikan yang rendah,'' kata Kamaruddin.

Dalam kesempatan yang ada petang itu, beliau berharap bantuan dalam bentuk menaikkan taraf pendidikan anak-anak Islam dapat dihulurkan oleh rakyat Islam Malaysia yang kaya dengan sifat-sifat pemurah.

Salah satu caranya adalah dengan mengadakan program anak angkat, menyedari potensi anak bangsa mereka yang cerah. Tetapi sayangnya tiada peluang di negara sendiri.

Beliau turut mengharapkan sumbangan naskah al-Quran dan muqaddam kepada umat Islam di sini kerana ia masih berkurangan.

Malah, beliau turut mengalu-alukan kedatangan umat Islam Malaysia ke perkampungan Islam Kemboja agar mendapat gambaran sebenar, tidak hanya melalui cerita-cerita yang didengar.


SEKADAR RENUNGAN

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”Al-Kautsar : Ayat 2

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.


Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut :

Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”


Nabi S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud :

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan dating pada hari kiamat ( sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)