SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman blog Musafir Multipoints Holiday. Kami sebuah syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara.Untuk memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan, syarikat kami telah berhubung terus dan menjalinkan kerjasama perniagaan
dengan agensi-agensi pelancongan dari luar negara.

PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA

                    


   KELEBIHAN PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA

            Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah.         Yuran penyertaanRM230 untuk satu bahagian lembu atau RM445 untuk satu ekor kambing.


                Setiap peserta akan menerima satu sijil penyertaan bagi setiap bahagian penyertaan, yang disahkan oleh Pengerusi Program. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan. Setiap peserta juga akan diberi gambar-gambar Majlis Korban yang telah disertai (gambar diberikan dalam bentuk CD).


           Korban dilaksanakan di tempat yang mempunyai ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dibelenggu kemiskinan yang melarat  di samping tahap pendidikan yang rendah. 


          Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja terutama pembiayaan dalam bidang pendidikan.Kita dapat membantu menjana ekonomi masyarakat Islam Kemboja dengan membeli binatang ternakan yang dikorbankan dari mereka.




Untuk  Setiap satu penyertaan , anda layak memenangi hadiah Cabutan Bertuah iaitu pakej pelancongan ke Medan (cabutan merujuk pada no.siri sijil penyertaan). Bagi mengenang jasa atas sikap bermurah hati anda ini, pihak penganjur telah menyediakan 4 X hadiah pakej  pelancongan 4 hari 3 malam ke MEDAN untuk di menangi !!!




JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.....JOM BERIBADAT SAMBIL BERPELUANG UNTUK MELANCONG!!!!!
Nota:
Keputusan pemenang 4 X hadiah pakej pelancongan ke Medan akan diumumkan pada 20 Disember 2010. Pihak kami akan menghubungi pemenang. Anda juga boleh  menyemak keputusan dengan melayari:





















Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”Al-Kautsar : Ayat 2
Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut :
Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud :
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan dating pada hari kiamat ( sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)